Seo Services

20 maut lombong arang batu meletup


ISTANBUL 14 Mei - Sekurang-kurangnya 20 orang pekerja lombong terkorban, selepas sebuah lombong arang batu terbakar dan meletup di barat negara ini, semalam.

Pegawai kesihatan Soma, Muzaffer Yurttas berkata, kesemua mereka terkorban selepas mengalami kesukaran untuk bernafas ekoran asap tebal ketika berada di dalam lombong berkenaan.

"Antara 200 ke 300 orang pekerja masih terperangkap. Usaha mencari kini sedang giat dijalankan," jelas Pentadbir tempatan, Mehmet Bahattin Atci.

Sebanyak 30 orang lagi mengalami kecederaan, ujar Muzaffer.

Beliau berkata, kejadian berlaku di bandar Soma, wilayah Manisa, kira-kira 250 kilometer dari Istanbul.

Mehmet berkata, letupan dipercayai berpunca daripada gangguan yang berlaku terhadap sistem pengagihan tenaga di lombong berkenaan.

Agensi berita BBC melaporkan, letupan berlaku kira-kira dua kilometer di bawah tanah menyebabkan kebanyakan pekerja yang berada di dalam lombong itu terperangkap sejauh 4 kilometer dari pintu keluar.

Menteri Tenaga Turki, Taner Yildiz mengesahkan letupan itu disebabkan kerosakan elektrik, namun beliau enggan mengesahkan jumlah yang terkorban. - REUTERS/AGENSI

20 maut lombong arang batu meletup 20 maut lombong arang batu meletup Reviewed by Unknown on May 14, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.