Seo Services

Bersalin di dalam air semakin meluas

 
Tidak ramai yang sedar mengenai kaedah bersalin dalam air yang semakin mendapat tempat di negara ini kita. Kaedah ini bukan sesuatu yang baru di negara ini walaupun ramai wanita hamil ragu-ragu untuk mencubanya.

Sebenarnya kaedah bersalin ini telah meluas penggunaannya di negara Eropah,Amerika,Australia dan beberapa negara Asia seperti Indonesia. Cuma Malaysia sahaja baru mula mencuri perhatian dalam kalangan ibu mengandung di negara ini.

Bersalin dalam air di kategorikan sebagai bersalin secara normal. Tetapi menggunakan kaedah dan cara yang berbeza daripada bersalin secara biasa.

Ramai wanita yang masih mempertimbangkan baik-buruk kaedah berkenaan yang mengundang rasa bimbang untuk merasai pengalamannya. Ramai ibu bimbang dengan risiko anak mereka mungkin lemas semasa dilahirkan di dalam air. Mungkin ada bakal ibu yang ingin merasai pengalaman bersalin dalam air, tetapi masih ragu-ragu kerana tidak mendapat maklumat jelas.

Kaedah bersalin dalam air ini sudah lama wujud iaitu semenjak tahun 1800-an lagi. Rusia merupakan negara pertama yang mengamalkan kaedah bersalin di dalam air ini iaitu sejak tahun 1960-an lagi, cuma tidak secara meluas.

Igor Tjarkovsky, seorang pelatih renang dan penasihat olahraga yang telah memperkembangkan kaedah bersalin ini di Rusia.Kemudian kaedah bersalin ini telah diperkembangkan lagi oleh seorang doktor di Perancis pada tahun 1997.Pada tahun 1980-1990 mulai meluas di Eropah dan Amerika dan 2004 di Indonesia.Seperti yang direkodkan oleh WHO dan Departmen Kesihatan RI tidak ada sebarang kematian yang melibatkan kaedah bersalin di dalam air ini.

Bersalin dalam air dapat mengurangkan kesakitan ketika berlaku kontraksi, selain mempercepatkan proses kelahiran. Tiga hari sebelum melahirkan anak, air ketuban pecah dan pergerakan bayi di dalam rahim semakin kurang.


Bersalin di dalam air semakin meluas Bersalin di dalam air semakin meluas Reviewed by Admin on May 12, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.