Conchita
Wurst dari Austria memenangi pertandingan nyanyian Eurovision tahun ini yang
diadakan di Copenhagen pada Ahad.
Wurst
yang turut dikenali sebagai mak nyah berjambang atau ‘Bearded Drag Queen’ telah
menyampaikan lagu Rise Like a Phoenix dalam pertandingan tersebut.
Penyertaan
Wurst, 25, atau nama sebenarnya Tom Neuwirth ke dalam pertandingan tersebut
sebelum ini telah menarik perhatian
ramai dan ianya dibimbangi akan mencetuskan kontroversi di negara-negara
konservatif.
“Kita
tetap bersatu dan tiada yang dapat menghalangnya” katanya ketika memenangi
pertandingan tersebut dengan 290 markah.
Peserta tempat kedua
dari Netherland memperolehi 230 markah.
Sejak pertandingan
Eurovision ini diadakan pada tahun 1956, pengundian sering dikaitkan dengan
politik dan pada tahun ini, ada ura-ura mengatakan penonton akan memberikan
mata kepada Rusia.
Negara Azerbaijan
dan Belarus memberikan markah yang tinggi kepada peserta Rusia, Tolmachevy
Sisters yang mendendangkan lagu Shine.
Wurst tidak menjadi
calon kegemaran sehinggalah di sesi separuh akhir pada Khamis.
Wurst juga mendapat
banyak tentangan dari Rusia, Ukraine dan Belarus agar disingkirkan dari
pertandingan.
Di Austria, pemimpin
sayap kanan, parti FPOe menggelarkan persembahan Wurst sebagai ‘tidak masuk
akal’.
“Saya tidak ada rasa
malu. Saya takkan berhenti untuk memukaukan penonton dengan janggut ini”
katanya kepada AFP.
Kebanyakan markah
yang diperolehinya adalah hasil undian negara Britain, Sweden dan Netherland.
Sumber
'Wanita' berjambang menang pertandingan nyanyian
Reviewed by Admin
on
May 12, 2014
Rating:
No comments: