Seo Services

Isu tol: Kenyataan Fadillah disalah petik

KUALA LUMPUR - Kementerian Kerja Raya menjelaskan bahawa menterinya, Datuk Fadillah Yusof tidak menyatakan bahawa Projek Lebuh Raya Utara-Selatan (Plus) bersetuju menyusun semula kadar tolnya.

Menyatakan bahawa beliau telah disalah petik, kementerian itu dalam satu kenyataan berkata, Fadillah sebenarnya merujuk kepada penstrukturan semula yang dilaksanakan Plus dan diumumkan pada 17 November, 2011.

Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan mengenai penstrukturan semula kadar tol di Kuching, semalam.

Pada 2011, kenaikan tol bagi Lebuh Raya Utara Selatan diturunkan daripada 10 peratus setiap tiga tahun kepada 5.0 peratus pada tempoh masa yang sama, manakala Jambatan Pulau Pinang tidak menyaksikan sebarang kenaikan.
        
Bernama secara tidak sengaja memetik menteri berkenaan menyatakan bahawa Plus, yang memiliki konsesi lebuh raya paling menguntungkan di negara ini bersetuju menyusun semula kadar tol. - Bernama

Isu tol: Kenyataan Fadillah disalah petik Isu tol: Kenyataan Fadillah disalah petik Reviewed by Admin on May 02, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.