2 MEI: Terminal klia2 memulakan operasi secara rasmi dengan pendaratan pesawat Malindo Air 0D1027 dari Kota Kinabalu, Sabah pukul 12.05 tengah malam ini.
Pesawat pertama yang berlepas di lapangan terbang yang dibina bagi menggantikan Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) itu adalah pesawat Cebu Pacific Airway 5J502 perjalanan ke Manila kira-kira pukul 1.20 pagi.
Peristiwa bersejarah itu turut disaksikan Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Aziz Kaprawi, Pengerusi Malaysia Airports Holding Bhd. (MAHB), Tan Sri Dr. Wan Abdul Aziz Wan Abdullah dan Pengarah Urusan MAHB, Tan Sri Bashir Ahmad Abdul Majid.
Seramai 110 penumpang tiba dengan penerbangan Malindo Air di Gate K2, manakala 147 penumpang berlepas dengan penerbangan Cebu Pacific Airway Gate K4.
Abdul Aziz turut menyambut ketibaan dan pelepasan penumpang, serta mengagihkan cenderahati kepada mereka.
Seorang pembantu rumah warganegara Filipina menjadi penumpang pertama yang mendaftar masuk pada hari pertama operasi klia2 dan sebagai simbolik orang pertama yang mendaftar masuk, Gemma Camarinta, 39, dikalungkan bunga oleh Abdul Aziz.
Gemma yang akan menaiki pesawat Cebu Pacific Airway 5J502 berasa teruja dan tidak sabar untuk menaiki pesawat selain menggunakan perkhidmatan yang di sediakan di klia2.
``Saya balik ke kampung halaman tiga kali setahun, jadi semestinya saya merasai perbezaan klia2 dengan Terminal Tambang Murah (LCCT),'' katanya.
Gemma mendaftar masuk kira-kira pukul 10.20 malam bagi perjalanan ke Manila, Filipina.
Sementara itu, seorang lagi penumpang Nezell Camarinta, 37, berkata lebih senang untuk ke klia2 kerana pelbagai pengangkutan awam disediakan berbanding di LCCT.
``Saya datang ke sini menaiki ERL (Express Rail Sdn Bhd) dan masa yang diambil juga tidak terlalu lama untuk sampai ke sini,'' katanya.
Dalam pada itu seorang warga tempatan, Khairul Anwar Kamal, 28, berkata, dia merasa terkejut ketika pertama kali menjejakkan kaki di klia2 serta tidak menyangka lapangan ini tidak ubah seperti sebuah kompleks beli-belah.
``Reka bentuknya memang lain daripada yang lain. Malah di sini juga selesa tidak seperti di LCCT,'' katanya.
Klia2 mampu mengendalikan sehingga 45 juta penumpang setahun, berbanding LCCT yang hanya mengendalikan 15 juta penumpang setahun.

KLIA 2 bermula
Reviewed by Admin
on
May 02, 2014
Rating:
No comments: