BEIJING 15 Mei - Sebuah mahkamah di bandar China menjatuhkan hukuman penjara ke atas 11 ahli sebuah kumpulan sindiket kerana menjual anjing-anjing yang diburu menggunakan anak panah beracun, kata media tempatan semalam.
Kumpulan sindiket itu membunuh kira-kira 1,000 ekor anjing pada tahun lalu menggunakan anak panah yang dicelup ke dalam sejenis bahan kimia beracun, succinylcholine chloride dan menyimpan daging anjing itu ke dalam sebuah peti beku, kata agensi akhbar Xinhua memetik kenyataan sebuah mahkamah di wilayah Hunan.
Pasukan polis pernah menangkap rangkaian sindiket ini pada akhir Disember lalu dan merampas 12 tan daging anjing beku, namun daging dari 10 ekor anjing telah pun dijual. - REUTERS
Penjual daging anjing dipenjara
Reviewed by Unknown
on
May 15, 2014
Rating:
No comments: