Seo Services

Projek sistem pembentungan kumbahan Kuching 93% siap



Projek sistem pembentungan baharu yang dibina bagi menampung keperluan penduduk bandar raya ini, kini 93 peratus berjaya disiapkan mengikut jadual.

Menteri Muda Alam Sekitar negeri, Datuk Len Talif Salleh berkata, projek tersebut dijangka siap pada 31 Januari tahun hadapan meliputi kerja penyambungan bagi kesemua 2,833 hartanah di bawah pakej pertama.

"Salah satu komponen projek ini iaitu Loji Rawatan Kumbahan yang berjaya disiapkan pada 14 Januari 2012 dan sudah beroperasi mulai 1 Julai tahun lalu.

"Komponen jaringan pembentungan pula sudah mencapai 97 peratus kemajuan manakala komponen penyambungan hartanah 64 peratus siap," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan See Chee How (PKR-Tamin) dan Abdul Rahman Junaidi (BN-Pantai Damai) dalam Persidangan Hari Keempat Mesyuarat Pertama Bagi Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di sini hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, bagi kawasan Petra Jaya, cadangan projek sistem pembetungan bersepadu akan dilaksanakan di bawah pakej ke­dua Sistem Pembentungan Bersepadu Bandar Raya Kuching yang akan dikemukakan kepada kerajaan Persekutuan bagi mendapat peruntukan.

Dalam pada itu katanya, sehingga 18 April lalu, sebanyak 397 aduan kerosakan bangunan telah diterima dan 221 daripada kerosakan dilaporkan itu sudah dibaiki.

"Bagi tempoh sama, 210 aduan kerosakan jalan dan parit diterima. Seba­nyak 187 aduan telah diselesaikan.

"Jabatan Perkhidmatan Pembentungan sedang mengambil tindakan sewajarnya ke atas baki aduan ber­kenaan," ujarnya.

Projek sistem pembentungan kumbahan Kuching 93% siap Projek sistem pembentungan kumbahan Kuching 93% siap Reviewed by Unknown on May 09, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.