Gambar sekadar hiasan |
Sepasang suami isteri dari Afghanistan memotong telinga dan hidung seorang ulama sehingga putus. Mereka melakukan ini kerana membalas perlakuan dia atas sebab telah memperkosa puteri keduanya.
Abdul dan Sultana Qahar dari wilayah Baghlan, utara Afghanistan mengumpan ulama berkenaan ke rumah mereka untuk makan malam. Mereka kemudian mengikat dan menghiris muka mangsa.
Di petik dari New York Daily News melaporkan, Abdul Qahar dan Sultana mengaku telah mengoyak dua anggota ulama itu lantaran puterinya mengadu yang dia telah dinodai oleh ulama berkenaan empat bulan lalu.
Qahar sedang ditahan di balai polis Wilayah Baghlan Utara mengatakan hidung ulama berkenaan telah jatuh ke dalam longkang dan telinga milik ulama itu dipercayai sudah dimakan kucing.
Ulama, berusia 32 tahun itu menafikan tuduhan beliau menyerang anak pasangan berkenaan.
Jurucakap Polis, Ahmad Jawid Basharat mengatakan Qahar mengikat tangan dan kaki ulama itu lantaran dendam anak gadisnya usia 14 tahun digerayangi. Polis akan melakukan siasatan lebih lanjut lagi berkenaan kes ini.
SADIS! SUAMI ISTERI POTONG TELINGA DAN HIDUNG ULAMA
Reviewed by Admin
on
May 02, 2014
Rating:
No comments: