Seo Services

Strategi Kerajaan Sarawak Berjaya Turunkan Jumlah Setinggan


KUCHING, 14 Mei (Bernama) -- Jumlah ketua isi rumah setinggan di Sarawak menurun 23 peratus dalam tempoh lima tahun sejak 2010 hasil pelaksanaan pelan tindakan kerajaan negeri untuk menyelesaikan masalah itu.

Menteri Perumahan Sarawak, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg Rabu berkata data bancian Jabatan Tanah dan Survei negeri menunjukkan 7,520 orang ketua isi rumah setinggan masih menduduki tanah kerajaan sehingga Mac tahun ini berbanding 9,760 orang dalam 2010.

"Sejak Februari 2010 sehingga Mac 2014 apabila Pelan Tindakan Penyelesaian Setinggan dilaksanakan, semua 11 Bahagian di Sarawak menunjukkan penurunan dari segi jumlah ketua isi rumah setinggan," katanya ketika menggulung ucapan untuk kementeriannya di sidang Dewan Undangan Negeri di sini.

Katanya melalui pelan ini, kementeriannya dapat merangka strategi untuk menentukan lokasi dan jumlah rumah PPR (Projek Perumahan Rakyat) di negeri ini.

Menurutnya sehingga kini, sebanyak 3,016 unit rumah PPR siap dibina di negeri ini dengan 799 buah daripadanya diduduki keluarga bekas setinggan.

-- BERNAMA
Strategi Kerajaan Sarawak Berjaya Turunkan Jumlah Setinggan Strategi Kerajaan Sarawak Berjaya Turunkan Jumlah Setinggan Reviewed by Admin on May 14, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.