Seo Services

2 mayat ditemui, targedi tongkang karam di Banting.

gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Berikutan dengan perkembangan terkini mengenai insiden tongkang karam dekat Sungai Air Hitam, Banting, setakat jam 11.30 pagi tadi pasukan penyelamat telah menemui 2 mayat iaitu seorang lelaki dan seorang wanita manakala nasib 35 orang lagi mangsa masih belum diketahui.

Setakat ini, pihak Agensi Penguatkuasaan Maritim(APMM) telah menyelamatkan seramai 61 orang.

Pada awal pagi tadi sebuah tongkang yang membawa seramai 97 orang pendatang asing telah pun dilaporkan karam.

Pihak Bomba juga telah menggerakkan jentera penyelamat menuju ke lokasi kejadian insiden tersebut.

Menurut Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Mohd Sani Harul, sebuah bilik operasi sementara telah dibuka di Pulau Carey.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Banting ketika dihubungi oleh phak media berkata, pasukan operasi dan menyelamat (SAR) telah dikerah menuju ke kawasan sekitar persisisr pantai.

Jaslizad juga menyatakan dua buah kapal maritim telah dihantar untuk SAR termasuk dengan sebuah helikopter dan pada masa ini juga sebuah pusat operasi telah dibuka di Jeti Pantai Klanang.

Menurut petikan dari berita Astro Awani ketika mereka menghubungi Insp mohd Shamsul Sharif yang merupakan Pegawai Polis yang berada di Balai Banting Beliau mengesahkan bahawa seramai 97 orang mangsa yag terlibat dalam insiden karam tersebut kesemuanya warga Indonesia.

Sumber Kedutaan Besar Republik Indonesia memaklumkan Astro AWANI bahawa pihak kedutaan sedang berurusan dengan pihak berkuasa yang terlibat.

Tongkang tersebut dikatakan berlepas dari Jeti Sungai Air Hitam awal pagi Rabu dan dipercayai dalam perjalanan menuju ke Acheh.-Sarawakiana


(sumber)
2 mayat ditemui, targedi tongkang karam di Banting. 2 mayat ditemui, targedi tongkang karam di Banting. Reviewed by Unknown on June 18, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.