Seo Services

Audit: Tiga daripada 13 projek BALB di Sarawak alami masalah

KUALA LUMPUR: Tiga daripada 13 projek Program Bekalan Air Luar Bandar (BALB) di Sarawak menunjukkan kualiti pembinaan kurang memuaskan, demikian menurut Laporan Ketua Audit Negara 2013 Siri 2. 

Menurut laporan itu yang dibentangkan di Dewan Rakyat, projek berkenaan yang dilaksanakan Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak di bawah tanggungjawab Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) mendapati wujud beberapa kelemahan antaranya pelaksanaan projek tidak mengikut terma, syarat dan spesifikasi kontrak. 

"Antara kualiti kerja yang kurang memuaskan ialah berlaku kebocoran pada tangki air imbangan di Projek Bekalan Air Wilayah Serian - Fasa 1, kerja pembinaan sauk yang tidak mengikut speksifikasi di Lawas Damit Intake, dan paip politilena berkepadatan tinggi (HDPE) bersaiz 300 mm tidak ditanam di Loji Rawatan Air Gelugus Lawas," menurut laporan itu. 

Bagaimanapun Jabatan Audit Negara berpuas hati dengan prestasi fizikal projek BALB apabila sembilan daripada 13 projek yang diaudit dapat disiapkan dalam tempoh mengikut jadual. 

Selain itu, kelemahan lain ialah pembelian tiga peralatan elektronik dengan jumlah keseluruhan mencecah hampir RM300,000 yang tidak dapat berfungsi sekali gus dilihat sebagai pembaziran.

"Dua genset berkapasiti 150KVA dan 200KVA yang dibeli dengan harga RM275,000 tidak mampu menghidupkan pam air di muka sauk Lawas Damit dan Sungai Gaya. 

"Pembelian transformer berkapasiti 500KVA bernilai RM115,000 pada 28 Sept 2012 tidak digunakan di Loji Rawatan Air Gelugus," menurut laporan itu. 

Bagi tempoh 2010 sehingga 31 Dis 2012, sebanyak RM2.48 bilion diperuntukkan bagi pengurusan projek bekalan air luar bandar di Sarawak dan hanya RM1.43 bilion (57.5 peratus) dibelanjakan.

Ketua Audit Negara berpendapat pemantauan yang kurang berkesan oleh pihak yang bertanggungjawab merupakan punca kelemahan yang dibangkitkan dalam projek itu. 

Oleh itu, laporan mengesyorkan agar KKLW dan JKR Sarawak mempertingkatkan pemantauan rapi terhadap kesemua projek BALB di negeri Sarawak dan mengambil tindakan segera bagi memastikan pembaziran dielakkan. 

Bagaimanapun KKLW dalam maklum balas bertarikh 11 Mac berkata pihaknya telah menyediakan mekanisme pemantauan melalui Pejabat Cawangan Negeri Sarawak yang akan memantau dengan lebih rapi dan berkesan. - BERNAMA 

Audit: Tiga daripada 13 projek BALB di Sarawak alami masalah Audit: Tiga daripada 13 projek BALB di Sarawak alami masalah

Reviewed by Admin on June 16, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.