Seo Services

48 orang maut dibunuh ketika tonton Piala Dunia


NAIROBI - Berpuluh-puluh anggota kumpulan militan, al-Shabab semalam menyerang sebuah bandar kecil di pinggir pantai Kenya serta membakar dua buah hotel, menyebabkan 48 orang terbunuh.

Serangan itu berlaku pada kira-kira pukul 8 malam waktu tempatan (1 pagi waktu Malaysia) ketika penduduk sedang menyaksikan perlawanan Piala Dunia di Mpeketoni, kira-kira 600 kilometer dari Nairobi.

Pihak berkuasa menyalahkan kumpulan al-Shabab yang mempunyai kaitan dengan militan al-Qaeda berhubung kejadian itu, kata Ketua komander polis, David Kimaiyo.

Seorang pegawai polis berkata, ketika penduduk menonton Piala Dunia di Hotel Breeze View, anggota militan mengasingkan penduduk lelaki sebelum membunuh mereka di hadapan penduduk wanita.

Seorang jurucakap polis berkata, dipercayai beberapa puluh anggota militan terlibat dalam serangan itu di Mpeketoni terletak kira-kira 20 kilometer ke barat laut Lamu yang merupakan sebuah destinasi pelancongan tempatan.

Dua van mini dilaporkan memasuki kawasan bandar dan melepaskan tembakan.

Menurut Pusat Operasi Bencana Kebangsaan Kenya, pesawat pemantau tentera dikerah sejurus selepas kejadian. - AGENSI
48 orang maut dibunuh ketika tonton Piala Dunia 48 orang maut dibunuh ketika tonton Piala Dunia Reviewed by Unknown on June 17, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.