Seo Services

Rumah perlindungan untuk wanita akan dibina di Sarawak


KUCHING - Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sedang mengenal pasti lokasi yang sesuai untuk membina rumah perlindungan untuk wanita yang menjadi mangsa pemerdagangan manusia di bandar raya ini.

Menterinya, Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata, pihaknya mempunyai peruntukan bagi mewujudkan rumah perlindungan itu dan ia merupakan rumah yang keempat selepas di Kuala Lumpur, Kota Kinabalu, Sabah dan Johor Bharu, Johor.

Katanya, keperluan untuk mewujudkan rumah perlindungan tersebut di negeri ini dilihat cukup penting kerana selama ini kesemua mangsa perlakuan jenayah tersebut yang berlaku di Sarawak akan dihantar ke rumah perlindungan di Kota Kinabalu, Sabah.

"Walaupun ketika ini saya tiada perangkaan rasmi mengenai kes penyeludupan wanita dan kanak-kanak tetapi kerajaan memandang serius terhadap jenayah ini, justeru kita akan berusaha melindungi mangsa dengan menjaga dan memberi kemahiran kepada mereka.

"Kebiasaannya mangsa yang ditempatkan di rumah perlindungan ini akan tinggal untuk tempoh yang agak lama sehingga kerajaan dapat memastikan negara yang terlibat betul-betul bersedia untuk mengambil mereka semula," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas berucap pada Penutupan Rasmi Forum Wanita dan Undang-Undang anjuran Majlis Kebangsaan Pertubuhan Wanita (NCWO) Zon Sarawak di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengarah Biro Wanita negeri, Noriah Ahmad dan Pengerusi Jawatankuasa Pengelola Forum tersebut, Norjanah Razali.

Mengulas lanjut Rohani berkata, apabila lokasi rumah perlindungan tersebut telah dikenal pasti pihaknya tidak boleh mendedahkan tempat tersebut kepada umum atas faktor keselamatan.

Katanya, langkah itu bertujuan melindungi mangsa yang terdiri daripada wanita dan kanak-kanak yang mungkin terlibat dalam kegiatan jenayah pelacuran atau keldai dadah.

Rumah perlindungan untuk wanita akan dibina di Sarawak Rumah perlindungan untuk wanita akan dibina di Sarawak Reviewed by Unknown on June 17, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.