Seo Services

Kereta api laju Mekah dan Madinah bakal siap


MEKAH - Projek pembinaan kereta api laju Haramain yang sedang dalam pembinaan apabila siap kelak akan menjadikan sistem pengangkutan yang menghubungkan bandar Mekah dan Madinah menjadi lebih dinamik.

Laman web Arab News melaporkan Gabenor Mekah, Putera Mishaal yang memantau perkembangan projek tersebut di Rusaifa berkata, usaha berterusan kerajaan dilakukan bagi memudahkan jemaah dari seluruh dunia menunaikan ibadah umrah dan haji.

"Projek ini memainkan peranan penting bagi memperbaiki sistem pengangkutan untuk jemaah supaya mereka dapat tiba di satu-satu tempat dengan lebih cepat. Usaha ini juga dapat mengekang berlakunya kesesakan jalan raya," jelas Putera Mishaal.

Kementerian Pengangkutan Arab Saudi dan Organisasi Kereta Api Saudi yang bertanggungjawab melaksanakan projek tersebut, ketika ini sudah menempatkan 70 peratus pekerja buruh di Stesen Rusaifa.

"Kereta api laju ini akan memberi perkhidmatan yang selamat dan cepat kepada berjuta-juta jemaah yang mahu bergerak dari Mekah ke Madinah," kata Menteri Pengangkutan, Jabara Al-Seraisry.

Perkhidmatan kereta api yang mempunyai landasan sepanjang 450 kilometer itu apabila siap kelak akan melalui tiga kawasan utama iaitu Jeddah, Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdulaziz dan bandar ekonomi, Rabigh.

Projek tersebut memiliki lima buah stesen dengan stesen utamanya terletak di Mekah yang turut dilengkapi dengan sebuah masjid yang boleh menampung 600 jemaah, kawasan pendaratan helikopter dan lebih 500 tempat letak kereta.

Sistem pengangkutan berkenaan dijangka mampu membawa lebih 20 juta penumpang termasuk jemaah umrah dan haji setiap tahun.

Kereta api laju Mekah dan Madinah bakal siap Kereta api laju Mekah dan Madinah bakal siap Reviewed by Unknown on June 17, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.