Seo Services

Gadis Sensasi Malaysia

Tidak dinafikan sehingga hari ini, pengaruh laman sosial membuatkan sesiapa sahaja mudah dikenali mampu menarik perhatian ramai orang.
 
Begitu juga dengan seorang gadis  yang amat popular di laman sosial sehingga hari ini, iaitu Mawar Rashid.Gadis Sensasi Malaysia ini yang semakin meningkat popularitinya dengan video-video yang mencuit hati para pengunjung laman sosialnya. 
 
Mawar Rashid atau nama sebenarnya Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid (19) aktif menerusi laman sosial, terutamanya Keek, Instagram, dan nama Mawar Rashid barang kali bukanlah asing lagi.
 
Hanya berniat untuk berkongsi video sebagai satu hiburan, Mawar tidak menyangka dia memperoleh lebih 100,000 pengikut di laman sosial Instagram dan Keek. Manakala lebih 15,000 di Twitter.
 
Pada mulanya gadis ini hanya gemar memuat naik video sebagai satu bentuk hiburan bersama kawan-kawan.
 
Namun, nama Mawar semakin mendapat tempat di hati pengikut-pengikut nya di laman sosial seperti Keek, Instagram dan Twitter.
 
Tidak hanya mahu menjadi 'selebriti' di laman sosial, Mawar kini memberanikan diri untuk menjadi pengacara bersama Elfira Loy menerusi program The Bucket List.
 
Tidak terlepas daripada menjadi bahan kutukan dan cacian pengikutnya, Mawar mengakui sangat tertekan pada mulanya, namun tidak mengambil segala kritikan dari sudut negatif.
Gadis Sensasi Malaysia Gadis Sensasi Malaysia Reviewed by uMieySurianie on June 17, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.