Seo Services

Portugal tewas ditangan Jerman

Pasukan Jerman menundukan pihak lawannya Portugal di Piala Dunia 2014 dengan kedudukan 4-0 malam tadi. Penyerang utama Jerman, Thomas Muller telah menjaringkan sebanyak tiga gol di Salvador.
 
Manakala, yang memantapkan lagi kedudukan Jerman menjadi 4-0 atas sumbangan Mats Hummels iaitu pemain tengah Jerman.
 
Jaringan gol pertama dilakar baik oleh Muller menerusi sepakan penalti pada minit ke-12. Diikuti oleh Mats Hummels menyumbang sebuah gol pada minit ke-32, dan sebelum turun minum Muller kembali menjaringkan gol menjadi 3-0. Jaringan ketiga dan keempat Jerman masing-masing pada minit ke-45 dan 78 sekaligus meninggalkan Portugal jauh ke belakang dalam mencari gol kemenangan.
 
Aksi gah yang dipamerkan Jerman nyata memberi tekanan kepada bintang Portugal, Christiano Ronaldo yang turut turun padang beraksi di perlawanan tersebut.
 
Pemain terbaik dunia itu bermain pada aksi 90 minit permainan selepas menanggung kecederaan baru-baru tidak mampu mengelak pasukannya diaibkan lawan.
Portugal tewas ditangan Jerman Portugal tewas ditangan Jerman Reviewed by uMieySurianie on June 17, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.