Seo Services

Bot ekspress yang bawa penumpang lebih akan dikenakan tindakan


SIBU - Lembaga Sungai-Sungai Sarawak (LSS) tidak akan teragak-agak mengambil tindakan tegas terhadap pengusaha bot yang membawa penumpang melebihi muatan sehingga membahayakan nyawa.

Kontroler LSS, Willian Jinep berkata, pemilik bot yang didapati melakukan kesalahan tersebut boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 34 (2) Ordinan Sungai Sarawak 1993 yang membawa hukuman penjara dua tahun dan denda RM5,000.

"Kita akan mengadakan sekatan sungai untuk memastikan tiada pemilik bot yang membawa penumpang lebih daripada yang dibenarkan dalam permit pengangkutan sungai.

"Sekatan pertama telah dilakukan kelmarin sehingga 27 Julai ini, manakala fasa kedua sekatan dibuat pada 1 hingga 3 Ogos depan," katanya di sini semalam.

Bot ekspress yang bawa penumpang lebih akan dikenakan tindakan Bot ekspress yang bawa penumpang lebih akan dikenakan tindakan Reviewed by Unknown on July 25, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.