Seo Services

24 orang diselamatkan selepas roller coaster Maryland tidak berfungsi


UPPER MARLBORO, Maryland : Roller coaster yang membawa 24 orang terkandas dekat laluan puncak dalam kejadian di Taman Tema Six Flags America, Maryland, awal pagi tadi.

Anggota bomba dan penyelamat berusaha menyelamatkan mangsa dalam kejadian berkenaan.

Pegawai Bomba Wilayah Prince George dikerah ke roller coaster The Joker’s Jinx pada kira-kira jam 2.30 petang waktu tempatan.

Tiada laporan kecederaan dilaporkan.

Penolong Ketua Bomba, Paul Gomez berkata, pengunjung dikatakan duduk dalam posisi menegak dan memerlukan masa beberapa jam untuk membawa mereka turun.

Sementara itu, jurucakap Taman Tema Six Flags America berkata, punca kejadian masih belum dapat dipastikan tetapi masalah sistem keselamatan berkomputer mungkin penyebabnya.

Permainan roller coaster itu berkelajuan 96.5 kiloemeter sejam dan berpusing ke bawah dan ke atas selama empat kali.



- AP
24 orang diselamatkan selepas roller coaster Maryland tidak berfungsi 24 orang diselamatkan selepas roller coaster Maryland tidak berfungsi Reviewed by Unknown on August 11, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.