Seo Services

Terkini: Abdul Khalid puas hati dengan hasil mesyuarat

KLANG 11 Ogos - Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyuarakan rasa puas hati dengan hasil Mesyuarat Dewan Diraja Selangor yang diadakan pagi tadi bagi membincangkan kedudukan beliau sebagai menteri besar.

Abdul Khalid bagaimanapun enggan mendedahkan hasil mesyuarat tersebut, sebaliknya beliau akan membuat sidang akhbar di Pejabat Setiusaha Kerajaan Negeri pada pukul 2 petang ini.

"Saya sangat berpuas hati, saya masih boleh tersenyum lagi.

"Saya akan buat sidang akhbar pukul 2 petang ini untuk memudahkan semua media," katanya ketika ditemui selepas meninggalkan Istana Alam Shah di sini tengah hari ini.

Beliau hari ini menghadiri Mesyuarat Dewan Diraja Selangor yang diadakan khas bagi menentukan kedudukannya sebagai menteri besar setelah Parti Keadilan Rakyat (PKR) memecah keahliannya Sabtu lalu. - UTUSAN ONLINE


Terkini: Abdul Khalid puas hati dengan hasil mesyuarat Terkini: Abdul Khalid puas hati dengan hasil mesyuarat Reviewed by Admin on August 11, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.