Seo Services

Seorang lelaki sebar gambar anak memegang potongan kepala

CANBERRA - Sebuah foto mengerikan disebar melalui Twitter oleh seorang lelaki warga Australia. Lelaki itu mempamerkan gambar anak lelakinya memegang potongan kepala dipercayai dari askar Syria. Lelaki Australia itu diketahui bergabung dengan kumpulan Islamic State Iraq and Syria (ISIS).

Gambar tersebut diambil di Kota Raqqa, yang saat ini sudah dikuasai oleh ISIS. Foto mengerikan itu diposkan melalui Twitter atas nama akaun Khaled Sharrouf. Menurut News Corp, Sharrouf pergi ke Syria pada 2013 dan kini bergabung dengan kumpulan ISIS.

Gambar tersebut menunjukkan gambar kanak-kanak tersebut yang dianggarkan berusia tujuh tahun. Foto itu menunjukkan tulisan, "Thats my boy," dengan penuh kebanggaan.


Kanak-kanak Australia itu kelihatan menggunakan sebuah topi, seluar bercorak hitam putih dan baju biru.

Kelihatan dirinya berupaya keras untuk mengangkat potongan kepala dari askar Syria tersebut. Ada beberapa lagi gambar lain yang memperlihatkan bahawa Sharrouf memegang kepala.

Sementara sebuah foto lain menunjukkan Sharrouf menggunakan pakaian kamuflase bersama dengan tiga anak-anaknya yang masih kecil dengan membawa senjata. Kelihatan bendera dari ISIS di belakang mereka dalam foto tersebut.

Pihak berkuasa Australia menyebutkan bahawa Sharrouf pergi ke Syria dengan keluarganya. Dia bergabung dengan ISIS untuk melawan kuasa Presiden Syria, Bashar Al-Assad. (faj)


Seorang lelaki sebar gambar anak memegang potongan kepala Seorang lelaki sebar gambar anak memegang potongan kepala Reviewed by Unknown on August 11, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.