Seo Services

Bayi maut akibat kepanasan dan sesak nafas


Seorang ibu menyesal seumur hidup selepas meninggalkan bayinya berusia 11 bulan di dalam kereta bersuhu 38 darjah Celsius di Utah, selatan Amerika Syarikat.

April Suwyn, 32, memberitahu bayinya itu ditinggalkan kerana dia mahu ke tandas sebelum tersedar beberapa jam kemudian yang bayinya berada di dalam kereta.

"Ketika itu, saya masih sempat mengilat kuku dan membasuh baju. Saya meninggalkan Skyah Suwyn di tempat duduk belakang kereta. Saya terlupa yang bayi kami itu tidak dihantar ke rumah pengasuh bersama dua abangnya," katanya.

Selepas tersedar, dia bergegas ke kereta dan mendapati bayinya itu tidak bernafas.

"Ini adalah kesilapan saya. Kebiasaannya saya akan menghantar dua anak ke rumah pengasuh sebelum ke gimnasium atau ke pasar," katanya.

Sementara itu, pegawai perubatan Pusat Perubatan Wilayah Dixie berkata, sejurus menerima mangsa di sudah meninggal dunia beberapa jam.

"Bayi itu maut akibat kepanasan dan sesak nafas. Dia gagal di selamatkan," katanya menurut laporan Mirror Daily

Polis tempatan berkata, Skyah menjadi bayi kedua, meninggal dunia akibat punca yang sama dalam tahun ini.

"Wanita itu dan suaminya ditahan untuk siasatan. Sehingga kini, kertas pertuduhan lebih menjurus ke arah kesalahan cuai dan bukannya penderaan," katanya.


sumber
Bayi maut akibat kepanasan dan sesak nafas Bayi maut akibat kepanasan dan sesak nafas Reviewed by Unknown on August 12, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.