Seo Services

Kerajaan Mahu Pengeluaran FFB Ditingkatkan Melalui 90 Peratus Pekebun Kecil


SIBU: Kerajaan berharap 90 peratus daripada 200,000 pekebun kecil sawit negara ini boleh menghasilkan hingga 22 tan metrik tandan buah segar (FFB) sehektar setahun menjelang 2010.

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, berkata peruntukan sebanyak RM1.14 bilion bagi tempoh 2011-2014 bertujuan membantu pekebun kecil dalam kegiatan menanam dan menanam semula.

Uggah berkata ini akan menyumbang pendapatan yang lebih tinggi lagi bagi negara ini.

"Buat masa ini, Semenanjung Malaysia menyaksikan pengeluaran purata sebanyak 19.14 tan metrik sehektar setahun manakala ladang-ladang di Sarawak 17.84 tan metrik dan Sabah, 15.48 tan metrik. Purata negara ialah 18.21 tan metrik," katanya. Unggah berkata demikian semasa merasmikan Persidangan Pekebun Kecil Sawit peringkat kebangsaan 2014 di sini Isnin.

Beliau berkata bantuan itu adalah bagi ladang yang keluasannya kurang daripada 40 hektar.

Mereka yang tidak layak boleh memohon bagi bantuan lain, kata beliau.

Menurut Uggah kerajaan juga telah memperuntukkan sejumlah RM53 juta untuk membantu pekebun kecil mendapatkan pensijilan Minyak Sawit Lestari Malaysia sejak awal tahun ini.

"Pensijilan itu perlu untuk menonjolkan imej yang lebih baik tentang industri ini dalam pasaran antarabangsa," katanya.

Beliau berharap Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) boleh mengadakan insentif-insentif yang lebih sesuai untuk menggalakkan pekebun kecil menambah pengeluaran mereka.

MPOB telah memperkenalkan mesin tuaian mudah alih, 'Cantas', yang boleh digunakan untuk menuai hingga 3.2 tan metrik FFB, daripada 1.8 tan metrik yang dilakukan secara manual sekarang, katanya.

Beliau berkata untuk menggalakkan penggunaan mesin ini dengan lebih meluas, kerajaan memberikan diskaun sebanyak RM1,000 kepada pekebun kecil.- BERNAMA
Kerajaan Mahu Pengeluaran FFB Ditingkatkan Melalui 90 Peratus Pekebun Kecil Kerajaan Mahu Pengeluaran FFB Ditingkatkan Melalui 90 Peratus Pekebun Kecil Reviewed by Unknown on August 12, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.