Seo Services

Hospital Sibu Boleh Dijadikan Pusat Rujukan Tertiari - Menteri


SIBU: Kerajaan meluluskan peruntukan sebanyak RM5 juta lagi kepada Hospital Daerah Sibu sebagai tambahan kepada RM10 juta yang diluluskan dalam tempoh Rancangan Malaysia ke-10 untuk menaik taraf pelbagai kemudahan dan kelengkapannya.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S Subramaniam berkata melalui langkah itu, hospital berkenaan, yang menyediakan perkhidmatan dalam 13 disiplin khusus, boleh dijadikan hospital rujukan tertiari secara berperingkat.

Beliau menyatakan perkara itu kepada pemberita selepas melakukan lawatan kerja ke hospital tersebut di sini Isnin.

Selama ini, pesakit dari hospital lain di kawasan tengah negeri ini seperti Kapit, Sarikei dan Mukah, sering dirujuk ke Hospital daerah Sibu.

Dr Subramaniam berkata peruntukan tambahan itu akan digunakan, antara lain, untuk membeli mesin pengudaraan, sinar X, nefrologi, onkologi dan urologi.


"Dalam masa dua atau tiga bulan lagi, kami juga akan menempatkan seorang pakar patologi di sini untuk menyelia kompleks patologi yang baru disiapkan," katanya.

Beliau berkata usaha juga akan dilakukan untuk menghantar pakar lain ke hospital itu. Menurut beliau kekurangan pegawai dan pakar perubatan merupakan masalah yang dialami kebanyakan hospital kerajaan di seluruh negara dan kira-kira 1,000 doktor kini dilatih untuk mengatasinya.

Mengenai denggi, beliau berkata orang ramai boleh memainkan peranan mencegahnya dengan menjaga kebersihan kawasan kediaman masing-masing serta memastikan ia tidak menjadi tempat nyamuk Aedes membiak.

Sehingga 8 Ogos, 976 kes denggi dilaporkan di negeri ini, berbanding 888 dalam tempoh sama tahun lepas. Daerah Sibu mencatat jumlah kes tertinggi iaitu 366, diikuti Miri (112) dan Kuching (87). - BERNAMA
Hospital Sibu Boleh Dijadikan Pusat Rujukan Tertiari - Menteri Hospital Sibu Boleh Dijadikan Pusat Rujukan Tertiari - Menteri Reviewed by Unknown on August 12, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.