Seo Services

Suasana politik yang stabil dan adil, asas masyarakat harmoni dan bersatu

KUCHING: Semua masyarakat di negeri ini mempunyai persefahaman dan ukhuwah yang sangat baik, hasil daripada politiknya yang stabil dan adil.
Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam) merangkap Menteri Muda Pembangunan Infrastruktur Sarawak Datuk Haji Daud Abdul Rahman menyatakan pimpinan yang diterima oleh semua merupakan asas kepada kewujudan masyarakat yang harmoni dan bersatu padu.

"Sarawak dan pimpinannya mempunyai kerajaan yang adil dan stabil serta diterima dengan baik seluruh rakyatnya, maka walaupun hidup di dalam kepelbagaian kaum, agama dan bahasa, kita di Sarawak mempunyai persefahaman yang boleh dibanggakan," katanya.

Daud yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Tupong berkata demikian dalam ucapannya pada Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Taman Alamanda Indah anjuran bersama PBB dan KRT, Kuching, malam tadi.

Daud memberitahu di Sarawak etniknya terdiri daripada etnik-etnik minoriti yang memberikan kepercayaan dan sokongan kepada pimpinan Sarawak (Barisan Nasional).

"Adilnya kerajaan apabila semua etniknya mendapat peluang yang sama rata dan seterusnya kejayaan yang sama," ujarnya

"Inilah tanggungjawab kita (kerajaan) untuk memastikan semua etnik mendapat pembangunan yang sama rata, kita tidak ingin melihat sesuatu etnik tersingkir dan terbiar," tambahnya.

Namun, beliau sedikit kecewa mendengar suara-suara yang mengkritik kerajaan yang mana mengatakan kerajaan tidak berlaku adil kepada sesetengah etnik, Daud menafikan perkara itu.

"Pimpinan kita adil, semua kawasan kita cuba untuk bangunkan termasuk luar bandar," jelasnya.

"Buktinya ialah sekarang kerajaan telah melaksanakan pelbagai usaha untuk menaiktaraf ekonomi di kawasan luar bandar, taraf kemiskinan juga dapat dikurangkan, malah infrastrukturnya juga semakin baik," tambahnya.

Oleh yang demikian, Daud menggesa orang ramai untuk tidak terpengaruh dengan suara-suara yang mampu memecah-belahkan keharmonian masyarakat di negeri ini.

"Yakinilah pimpinan yang ada adalah untuk semua, kerajaan akan membantu tidak mengira latar belakang bangsa, agama dan bahasa," jelasnya.

Hadir sama Timbalan Ketua Cawangan PBB Tupong, Cr. Dr. Zaidi Haji Sulaili, Ketua Wanita Cawangan PBB Tupong, Hajah Jamilah Haji Rakim, Pegawai Pembangunan Masyarakat Jabatan Perpaduan Negera dan Integrasi Nasional (JPNIN), Abdul Rashid Mahsin, Pegawai Perpaduan JPNIN, Rose Jonathan Garau, Ketua Ranting PBB Taman Alamanda Indah, Ahmad Haji Nahap dan Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Alamanda Indah, Mohd. Morshidi Haji Muta serta ketua masyarakat dan penduduk Taman Alamanda Indah. - Sarawakiana

Suasana politik yang stabil dan adil, asas masyarakat harmoni dan bersatu Suasana politik yang stabil dan adil, asas masyarakat harmoni dan bersatu Reviewed by Admin on August 11, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.