Seo Services

Ketagih internet lemahkan generasi muda

 
KUALA LUMPUR 11 Ogos - Ketagihan internet kini dianggap satu bentuk ketagihan alaf baharu yang menular pantas di seluruh dunia khususnya dalam kalangan golongan muda.
 
Isu yang berkait rapat dengan kesihatan mental itu boleh ditafsirkan secara ringkas sebagai, sejenis gangguan psikologi yang menjejaskan kawalan impuls diri sehingga seseorang menjadi terlalu akrab terhadap internet.
 
Istilah lain yang digunakan ialah pergantungan kepada internet, ketagihan teknologi dan penggunaan komputer patologi.
 
Isu itu diburukkan lagi dengan kemajuan teknologi telefon bimbit dan pelbagai jenis gajet pintar di pasaran yang menyebabkan ramai pengguna menghabiskan terlalu banyak masa dengan melayari laman sosial atau Social Networking Site (SNS) seperti laman Facebook (Fb), Instagram, WhatsApp, Keek, dan Twitter.
 
Lebih membimbangkan, statistik Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menunjukkan 72 peratus daripada 18.6 juta pengguna internet tempatan adalah golongan muda seawal usia mentah tujuh tahun hingga berusia 35 tahun.
 
Rata-rata mereka mendapat akses mudah dari rumah, tempat kerja, institusi pengajian tinggi (IPT) atau gajet pintar, selain banyak kemudahan internet yang mudah dan pantas untuk komuniti luar bandar termasuk Pusat Mini Jalur Lebar Komuniti, Pusat Internet 1Malaysia dan Kampung Tanpa Wayar 1Malaysia yang terdapat di seluruh negara. - BERNAMA


Ketagih internet lemahkan generasi muda Ketagih internet lemahkan generasi muda Reviewed by uMieySurianie on August 11, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.