Seo Services

Pemilik kenderaan Q** 9779 telah berjaya ditangkap


Kuching : Susulan maklumat daripada orang awam yang mendakwa beliau dan suaminya telah diperas ugut oleh suspek yang menaiki sebuah kenderaan proton kenari QKQ 9779 telah berjaya ditangap pihak polis semalam.

Suspek berumur 26 thn, berbangsa Cina, iaitu pemilik kenderaan tersebut telah dibuat pada tarikh 11/8/14 jam l/k 2000hrs di kawasan Bintawa.

Siasatan polis mendapati suspek adalah seorang penganggur. Pihal polis telah melakukan pemeriksaan ke atas kereta suspek dan rumah suspek namun tidak menjumpai sebarang barang salah.


Pemeriksaan keatas kenderaan suspek juga didapati terdapat kesan calar pada badan kereta. Saman dikeluarkan kerana kenderaan suspek tidak mempunyai cukai jalan.

Bagaimanapun pihak polis mengesahkan tiada laporan polis mengenai kejadian tersebut. Saringan air kencing telah dibuat dan suspek didapati Positif Amphetamine.

Kini, suspek telah ditahan di Balai Polis Tahuan Jaya di bawah Seksyen 3(1) ABD dan akan dituduh dibawah Seksyen (3) Akta Racun berikutan kes jenayah lampau sebelum ini.-sarawakiana
Pemilik kenderaan Q** 9779 telah berjaya ditangkap Pemilik kenderaan Q** 9779 telah berjaya ditangkap Reviewed by Unknown on August 12, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.