Seo Services

Pasar basah paling kejam dan jijik di dunia cetus kontroversi


JAKARTA - Kebiasaannya pasar awam dijadikan tempat jualan keperluan dapur seperti sayuran, ikan, daging lembu dan ayam, sekali gus tidak mendatangkan masalah besar kepada kumpulan pencinta haiwan.

Tetapi lain pula kisahnya di sebuah pasar di Indonesia yang dianggap pasar paling kejam di dunia kerana menyediakan pelbagai jenis makanan eksotik termasuk kelawar, anjing, tikus dan ular sawa.

Menurut laporan portal berita Mail Online, adegan yang paling mengerikan adalah cara peniaga di Pasar Tradisional Tomohon yang terletak dekat Langowan, utara Sulawesi, membunuh anjing yang dipilih oleh pembeli.

"Penjual akan mengeluarkan anjing terpilih yang dikurung di dalam sangkar sebelum haiwan itu diketuk di bahagian belakang leher sehingga mati.

"Kemudian anjing tersebut akan dibakar dan dagingnya dijual kepada pembeli," tambah laporan itu.

Selain anjing, beberapa haiwan lain seperti monyet, tikus, kelawar dan mengkarung turut dibakar sebelum dijual kepada pengunjung pasar tersebut dan dimasak dengan pelbagai cara termasuk dipanggang dan direbus.

Pasar Tradisional Tomohon pernah dilanda kontroversi pada 1993 apabila pihak berkuasa tempatan mendapati peniaga menjual babirusa, spesies haiwan terancam dan mengambil masa bertahun-tahun untuk menghentikan aktiviti tersebut.

Bagaimanapun pasar itu kini dijadikan kawasan pelancongan di Sulawesi kerana menyajikan keunikan kepada pengunjung untuk me-rasai pengalaman makan hidangan eksotik.


Pasar basah paling kejam dan jijik di dunia cetus kontroversi Pasar basah paling kejam dan jijik di dunia cetus kontroversi Reviewed by Unknown on August 12, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.