Seo Services

Ramly Burger Kini Lebih Popular Sejak McD Diboikot

 
Ramly Burger kini semakin menjadi perhatian ramai selepas produk McD Diboikot kerana dikatakan menyalurkan keuntungan mereka kepada pihak Zionis Israel.
 
Pengguna tempatan mula beralih arah dan memberikan sokongan terhadap produk Halal Burger Ramly selepas tentangan hebat diberikan kepada premis makanan segera McDonalds berhubung isu boikot ekoran serangan rejim Zionis terhadap Palestin.
 
Laman sosial facebook sudah pastinya menjadi tumpuan berkenaan usaha itu sebagai alternatif dalam mendapatkan hidangan makanan segera yang dimiliki sepenuhnya oleh orang Islam.
 
Laman Sosial Seperti Facebook digumakan bagi mempromosi Produk Ramly Burger sehingga nama produk ini meloncak naik sehingga hari ini.
 
Respon pelanggan juga diterima sangat positif. Ramai yang mengimpikan Kedai Ramly untuk dibuka dengan meluas lagi di Sekitar Malaysia.
 
Isu boikot yang semakin hangat di negara ini memberi tempias kepada jenama Ramly untuk mengambil peluang maju ke hadapan dengan menarik lebih ramai pelanggan.
 
Ramly mengembangkan perniagaannya dengan menghasilkan produk-produk lain termasuk nuggets, fritters termasuklah jejari dan bebola daging dan ayam. Jenama Ramly Burger bukan sahaja terkenal di Malaysia malah di Singapore juga.
Ramly Burger Kini Lebih Popular Sejak McD Diboikot Ramly Burger Kini Lebih Popular Sejak McD Diboikot Reviewed by uMieySurianie on August 12, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.