Seo Services

#Bajet2015 : Kementerian Kerja Raya Pastikan Projek Dilaksana Sebaiknya


KUALA LUMPUR: Kementerian Kerja Raya akan memastikan setiap projek sambungan dan baharu seperti yang diumumkan dalam pembentangan Bajet 2015 semalam dilaksanakan sebaiknya.

Menteri berkenaan, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata ini bagi memenuhi keperluan rakyat serta aspirasi kerajaan untuk menyediakan kemudahan terbaik untuk mereka.

"Kementerian sudah mengatur strategi dan akan melaksanakan kaedah pelaksanaan baharu seperti diputuskan Unit Perancang Ekonomi," katanya dalam kenyataan hari ini.

Bajet 2015 yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Dewan Rakyat semalam memperuntukkan RM5.95 bilion kepada Kementerian Kerja Raya, kebanyakannya untuk projek sambungan selain projek baharu.

Fadillah menarik perhatian bahawa pelaksanaan empat projek lebuh raya tahun depan diyakini akan menyumbang ke arah usaha merancakkan pelaburan awam dan swasta.

Ia merangkumi pembinaan Lebuhraya Sungai Besi-Ulu Klang (SUKE) sepanjang 59 km dengan kos RM5.3 bilion, Lebuhraya Pantai Barat dari Taiping ke Banting (WCE)(276 km/RM5 bilion), Lebuhraya Damansara Shah Alam (DASH)(47 km/RM4.2 bilion) dan Lebuhraya Lingkaran Luar-Hubungan Timur (EKVE)(36 km/RM1.6 bilion).

Fadillah turut berkata peruntukan besar RM27 bilion untuk pelaksanaan Jalan Pan Borneo sepanjang 1,663 km di Sarawak dan Sabah membuktikan komitmen kerajaan dalam meningkatkan kemudahan infrastruktur untuk rakyat di negeri berkenaan. - Bernama
#Bajet2015 : Kementerian Kerja Raya Pastikan Projek Dilaksana Sebaiknya #Bajet2015 : Kementerian Kerja Raya Pastikan Projek Dilaksana Sebaiknya Reviewed by Salfian Nawawi on October 12, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.