Seo Services

#Bajet2015 : Membangunkan dan Menyelenggara Fasiliti Pendidikan


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga Menteri Kewangan dalam Perbentangan Bajet 2015 di Parlimen siang tadi mengumumkan sebanyak RM800 juta di peruntukkan bagi aspek keselamatan dan persekitaran pembelajaran.

Berikut adalah pecahan untuk tujuan tersebut:

• Sekolah Kebangsaan 450 juta ringgit;
• Sekolah Jenis Kebangsaan Cina 50 juta ringgit;
• Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil 50 juta ringgit;
• Sekolah Mubaligh 50 juta ringgit;
• Sekolah Berasrama Penuh 50 juta ringgit;
• Sekolah Agama Bantuan Kerajaan 50 juta ringgit;
• MRSM 50 juta ringgit;
• Sekolah Pondok yang berdaftar 25 juta ringgit; dan Sekolah Menengah Kebangsaan Cina atau conforming school yang mengguna pakai kurikulum Kebangsaan diperuntukkan sebanyak 25 juta ringgit

Kerajaan juga mengumumkan supaya pembayaran kos bil elektrik dan air kepada semua Sekolah-sekolah Jenis Kebangsaan di bawah Kementerian Pendidikan, dapat dibayar sepenuhnya dengan siling sebanyak RM5,000 sebulan dan ini berbeza dengan kuota RM2,000 setiap sekolah sebelum ini. - Sarawakiana
#Bajet2015 : Membangunkan dan Menyelenggara Fasiliti Pendidikan #Bajet2015 : Membangunkan dan Menyelenggara Fasiliti Pendidikan Reviewed by Salfian Nawawi on October 10, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.