Seo Services

#Bajet2015 : Tujuh Strategi Ekonomi Keperluan Rakyat


Bajet 2015 digubal berfokus kepada Ekonomi Keperluan Rakyat dengan menggariskan tujuh strategi utama; Memperkukuh Pertumbuhan Ekonomi, Memantap Tadbir Urus Fiskal, Mengupaya Modallnsan dan Keusahawanan, Memperkasa Agenda Bumiputera, Memartabat Peranan Wanita, Membangun Program Transformasi Belia Negara dan Mensejahtera Rakyat.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga Menteri Kewangan berkata demikian dalam Perbentangan Bajet 2015 di Parlimen siang tadi.

"Dalam hal ini, Kerajaan akan terus menyediakan ekosistem yang kondusif dan komprehensif bagi melonjak pelaburan domestik dan asing."

Pada 2013, sektor perkhidmatan menyumbang 55.2 peratus kepada KDNK dan bagi mencapai sasaran 60 peratus menjelang tahun 2020, kerajaan akan merancakkan sektor perkhidmatan dengan melaksanakan perkara-perkara berikut:

Pertama: Melaksana Blueprint Sektor Perkhidmatan;

Kedua: Menyediakan Skim Jaminan Sektor Perkhidmatan berjumlah 5 bilion ringgit kepada semua Perusahaan Keeil dan Sederhana yang terlibat dalam sektor perkhidmatan dengan had maksimum pembiayaan
sebanyak 5 juta ringgit bersekali 70 peratus jaminan Kerajaan. la dijangka memberi manfaat kepada 4,000 syarikat PKS;

Ketiga: Mewujudkan Research Incentive Scheme for Entreprise dengan peruntukan 10 juta ringgit untuk menggalakkan syarikat-syarikat menubuhkan pusat penyelidikan dalam bidang berteknologi tinggi, leT dan industri berasaskan pengetahuan;

Keempat: Memperkenalkan semula Dana Perkhidmatan Eksport berjumlah 300 juta ringgit untuk menggalakkan PKS menjalankan kajian kemungkinan pasaran dan promosi eksport bagi menembusi pasaran baru; dan

Kelima: Mengukuhkan Skim Pembangunan Francais di bawah KPDNKK bersama Persatuan Francais Malaysia. Sebanyak 20 juta ringgit diperuntukkan untuk skim ini. - Sarawakiana
#Bajet2015 : Tujuh Strategi Ekonomi Keperluan Rakyat #Bajet2015 : Tujuh Strategi Ekonomi Keperluan Rakyat Reviewed by Salfian Nawawi on October 10, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.