Seo Services

#Bajet2015 : RM100 Juta Untuk Majukan Industri Kreatif


KUALA LUMPUR: Sebanyak RM100 juta akan disalur melalui Dana Industri Kandungan Digital bagi menggalakkan perkembangan industri kreatif negara, umum Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Najib, yang juga Menteri Kewangan, berkata penubuhan dana berkenaan adalah lanjutan daripada peruntukan Bajet 2012 sebanyak RM200 juta yang disalur melalui MyCreative Ventures Sdn Bhd bagi tujuan sama.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan 'Bajet 2015: Ekonomi Keperluan Rakyat' di Dewan Rakyat hari ini.

MyCreative Venture, yang diperbadankan Kementerian Kewangan pada April 2012, antara lain berperanan meyakinkan bank serta institusi kewangan bahawa industri kreatif berdaya maju seterusnya menerima harta intelek sebagai cagaran dan memudahkan pinjaman pemain industri.

Najib juga berkata penubuhan dana di bawah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia itu, antara lain, direncana bagi memajukan sektor animasi, perfileman, seni reka dan warisan budaya. - Bernama
#Bajet2015 : RM100 Juta Untuk Majukan Industri Kreatif #Bajet2015 : RM100 Juta Untuk Majukan Industri Kreatif Reviewed by Salfian Nawawi on October 10, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.