Seo Services

Bekas Atase Tentera Malaysia Dibebas Dengan Ikat Jamin


WELLINGTON, New Zealand: Bekas atase tentera Malaysia di Wellington, Muhammad Rizalman Ismail yang menghadapi pertuduhan serangan seksual, dibebaskan dengan ikat jamin.

Hakim Mahkamah Daerah Wellington, Arthur Tompkins, memutuskan bahawa Muhammad Rizalman boleh dilepaskan daripada tahanan jika beliau mematuhi beberapa syarat, termasuk menyerahkan pasport, tidak keluar malam dan tidak berhubung dengan mangsa.

Muhammad Rizalman ditahan sejak kembali ke New Zealand Sabtu lalu, lima bulan selepas meninggalkan negara itu di bawah perlindungan diplomatik.

Beliau bertugas di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington apabila ditahan pada 9 Mei lalu kerana didakwa mengekori seorang wanita berusia 21 tahun ke rumah dan menyerangnya. - AP
Bekas Atase Tentera Malaysia Dibebas Dengan Ikat Jamin Bekas Atase Tentera Malaysia Dibebas Dengan Ikat Jamin Reviewed by uMieySurianie on October 28, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.