Seo Services

Kapal Penyelidikan Taiwan Karam, Dua Maut


TAIPEI: Dua saintis Taiwan maut manakala 43 lagi terselamat apabila sebuah kapal penyelidikan marin karam di pesisir pantai Taiwan selepas terlanggar terumbu, kata pegawai pengawal pantai, hari ini.

Bantuan kecemasan gagal untuk menyelamatkan mangsa selepas kapal "Ocean Penyelidik V" yang membawa 27 penyelidik dan 18 anak kapal itu karam di kepulauan Penghu, semalam.

Kapal 2,700 tan itu mula karam selepas ia belayar ke kawasan batu karang dan hilang kawalan.

Mangsa yang berada di atas kapal bergegas ke rakit keselamatan, namun tenggelam akibat ombak dan angin kencang.

Kapal yang menelan kos sebanyak TW$1.5 bilion itu dilancarkan pada tahun 2012, tenggelam pada jam 1.00 tengah hari (waktu tempatan).

Pegawai pengawal pantai berkata, tentera laut mengerahkan sebanyak 12 kapal dan helikopter untuk operasi menyelamat.

Kapal itu berlepas dari pelabuhan di bandar selatan Tainan pada Khamis sempena ekspedisi penyelidikan marin selama lapan hari yang dijalankan oleh kerajaan dan dikendalikan bersama beberapa universiti. - AFP
Kapal Penyelidikan Taiwan Karam, Dua Maut Kapal Penyelidikan Taiwan Karam, Dua Maut Reviewed by Unknown on October 11, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.