KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan bercadang menubuhkan mahkamah khas bagi mengendalikan kes di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan.
Timbalan Menterinya Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata ia sebagai persediaan bagi menangani kemungkinan ada pihak memanipulasi harga barang atas alasan pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) tahun depan.
“Kita yakin mungkin ada aduan-aduan dan juga mungkin ada kes-kes terlibat, sebab itu penubuhan mahkamah khas ini (perlu) diambil kira untuk menangani masalah (manipulasi harga barang) yang disebutkan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Zainudin Ismail (BN-Jelebu), yang ingin tahu persiapan kerajaan bagi menghadapi kemungkinan kenaikan harga barang ekoran pelaksanan GST, pada persidangan Dewan Rakyat semalam.
Ahmad Bashah berkata kementerian juga mewujudkan satu sistem pengurusan data bagi memantau pergerakan harga sebelum, semasa dan selepas pelaksanaan GST. — Bernama
KPDNKK Cadang Tubuh Mahkamah Khas Kes Manipulasi Harga Barang
Reviewed by JANUARIUS
on
October 28, 2014
Rating:
No comments: