MIRI: Sayap Wanita Parti Rakyat Sarawak (PRS) berjaya mendaftar kira-kira 10,000 ahli tetap di negeri ini dan jumlah itu dijangka bertambah menjelang Pili-han Raya Negeri akan datang.
Ketua Wanita PRS Senator Datuk Doris Sophia Brodie berkata setakat ini keahli-an Wanita PRS mencapai sehingga 10,000 orang dan ia satu kebanggaan kepada parti itu.
“Meskipun jumlahnya tidak begitu besar, namun mereka mendaftar dan menjadi ahli tetap PRS bahkan kita mengenal pasti identiti setiap ahli,” katanya semasa mempengerusikan Mesyuarat Exco Wanita PRS Wilayah Tengah semalam.
Menurut Doris, sepanjang mesyuarat itu beliau turut menerima sejumlah 815 borang pemohonan keahlian melibatkan 15 cabang PRS di seluruh Sarawak.
Mesyuarat itu turut membincangkan perancangan dan aktiviti yang akan dianjurkan tahun depan dengan melibatkan semua ahli PRS dan masyarakat.
Doris yang juga ketua Wanita PRS Senadin memberitahu, sebanyak lima biro di bawah Sayap Wanita Senadin iaitu Biro Pendidikan, Keahlian, Penerangan, Projek Khas dan Media.
“Saya menasihati semua biro-biro ini agar meng-anjurkan lebih banyak program dan aktiviti terutama biro PRS di Balai Ringin, Bukit Begunan, Batang Ai, Ngemah, Pelagus, Belaga, Tamin dan Kakus,” jelasnya.
Pada masa sama, beliau turut menasihati semua masya-rakat Dayak agar terus membangunkan diri serta memberi sokongan kepada pucuk kepimpinan PRS demi masa depan bersama. - UB
Sayap Wanita PRS Mendaftar 10,000 Ahli Tetap
Reviewed by JANUARIUS
on
October 28, 2014
Rating:
No comments: