Seo Services

Kumpulan Pertama Jemaah Haji Sarawak Selamat Tiba di Tanah Air


KUCHING: Tahap kesihatan para jemaah Haji dari Sarawak tahun ini adalah baik kerana tiada di antara mereka dilaporkan terkena penyakit yang serius sepanjang mereka mengerjakan Haji di Tanah Suci.

Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam) Datuk Haji Daud Abdul Rahman berkata demikian kepada pemberita ketika menyambut ketibaan kumpulan jemaah Haji dari Sarawak di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) pagi tadi.

Seramai 279 jemaah Haji yang sebahagiannya dari Kuching dan sebilangan besar dari luar Kuching selamat tiba kira-kira jam 9.15 pagi di LTAK dengan menggunakan pesawat MH8247 Penerbangan  KT33 dari Jeddah, Mekah.

"Alhamdulillah pada tahun ini tiada masalah kesihatan yang dihadapi oleh mereka mahupun komen-komen negatif daripada jemaah haji khasnya dari Sarawak," jelas Daud, yang juga merupakan Menteri Muda Pembangunan Infrastruktur Sarawak.

"Walaupun tahun ini merupakan tahun haji akbar dimana peningkatan jumlah jemaah haji sebanyak 50 peratus risiko untuk menghidapi sebarang penyakit agak tinggi namun Syukur Alhamdullillah, semua jemaah balik dalam keadaan baik dan sihat."

Beliau juga turut bersimpati dengan salah seorang jemaah dari Sarawak yang telah meninggal dunia iaitu Allahyarham Osman Abdullah, 64 dari Kampung Sageng, Simunjan akibat jangkitan paru-paru pada 5 Oktober lepas. 

Ketibaan para jemaah disambut oleh ahli keluarga masing-masing dan juga turut hadir adalah Mufti Negeri Dato' Haji Kipli Yasin, Tang Di Pertua Majlis Islam Sarawak Datuk Haji Putit Matzen dan dif-dif kenamaan yang lain.

Penerbangan kedua pula akan tiba di Lapangan Terbang Antabangsa Kuching pada esok hari. - Sarawakiana
Kumpulan Pertama Jemaah Haji Sarawak Selamat Tiba di Tanah Air Kumpulan Pertama Jemaah Haji Sarawak Selamat Tiba di Tanah Air Reviewed by Unknown on October 28, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.