Seo Services

Sistem Subsidi Petrol Baharu Adil Namun Cara Perlaksanaannya Harus DiKaji Dahulu


KUCHING: Pendekatan golongan yang berpendapatan di bawah RM5,000 sebulan akan menerima subsidi penuh sementara mereka yang berpendapatan di antara RM5,000 dan RM10,000 akan mendapat sebahagian subsidi sahaja adalah pendekatan yang terbaik dan adil.

Menteri Muda Di Pejabat Ketua menteri (Hal Ehwal Islam) Datuk Haji Daud Abdul Rahman berkata demikian sambil berkata ia adalah satu pendekatan yang terbaik daripada kerajaan untuk membantu golongan yang berpendapatan rendah.

"Ini adalah satu tindakan yang baik dan adil kerana kita memberi subsidi minyak mengikut pendapatan rakyat," katanya sambil menambah namun pemilihan cara untuk mengimplimentasikannya harus di kaji terlebih dahulu sebelum dilaksanakan sepenuhnya.

Daud ditanya pemberi mengenai perkara tersebut setelah menyambut ketibaan kumpulan jemaah Haji dari Sarawak di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) pagi tadi.

Menurut pengumuman mengenai subsidi petrol baru-baru ini, golongan berpendapatan tinggi perlu membayar RM2.58 untuk RON95 seliter sementara golongan berpendapatan rendah akan membayar RM2.30 seliter.

RON97 memang tidak mempunyai sebarang subsidi dan sekarang kerajaan membelanjakan berbillion ringgit untuk RON95.

Putrajaya membelanjakan lebih kurang RM24 bilion setahun untuk subsidi minyak bagi pengguna kenderaan, tetapi hanya mendapat RM7 bilion daripada penjualan permit import (AP) untuk kenderaan import. - Sarawakiana
Sistem Subsidi Petrol Baharu Adil Namun Cara Perlaksanaannya Harus DiKaji Dahulu Sistem Subsidi Petrol Baharu Adil Namun Cara Perlaksanaannya Harus DiKaji Dahulu Reviewed by Unknown on October 28, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.