KUCHING: Bengkel Penulisan Media Kreatif sampai ke penghujung selepas berkampung selama tiga hari di Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak bagi tahun 2014 disini hari ini.
Dalam era globalisasi yang pesat membangun, para belia semestinya tahu mengenai kepentingan media sosial yang sememangnya amat penting dalam kehidupan seharian.
Justeru itu, pihak Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Sarawak telah mengambil inisiatif untuk memberi pendedahan kepada para belia amnya dengan pengetahuan media sosial menerusi Bengkel Penulisan Media Kreatif Peringkat Negeri Sarawak 2014.
Peserta program berkenaan melibatkan pelajar-pelajar dari Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Kolej Komuniti Mas Gading, Institut Pendidikan Guru (IPG) Batu Lintang dan wakil belia daripada agensi swasta.
Dari respon yang telah mereka berikan, nyata meluahkan rasa puashati dengan slot-slot yang telah disampaikan oleh para penceramah yang telah didatangkan khas oleh Pihak Kementerian Belia dan Sukan.
Skop utama program tersebut adalah bagi melahirkan penulis muda sekaligus memberi pendedahan asas kewartawanan dari segi penulisan dan kreativiti.
Ia juga boleh dijadikan sebagai platform permulaan dalam menjadi seorang penulis yang beretika dan memahami serta baik buruk dalam penyampaian maklumat.
Turut hadir pada Majlis Penutupan bengkel Penulisan Media Kreatif tadi ialah Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Sarawak Tuan Haji Haris Ishak, wakil daripada Kementerian Belia Dan Sukan Cik Farihan Abdullah serta dif-dif jemputan yang lain. -Sarawakiana
Melahirkan Penulis Muda Berkualiti
Reviewed by Unknown
on
October 12, 2014
Rating:
No comments: