(Kredit gambar kepada FB Kuching Trafik Info)
KUCHING: Seorang remaja maut setelah motorsikalnya terlibat dalam satu kemalangan di Jalan Batu Kawa di sini tengahari hari tadi.
Ketua Polis Daerah (KPD) Padawan Supt Haji Fauzi Bujang ketika dihubungi Sarawakiana sebentar tadi mengesahkan kejadian.
Menurut Fauzi, siasatan awal polis percaya punca kemalangan disebabkan mangsa telah hilang kawalan motosikalnya lalu terbabas ke dalam longkang di tepi jalan lebih kurang jam 1.10 tengahari tadi.
"Mangsa dikenali sebagai Walter Rimong Micheal, 25 dan beliau dipercayai datang dari arah Pusat Bandaraya Kuching menuju ke Batu Kawa sebelum terbabas."
"Ketika kejadian mangsa menunggang motosikal jenis Honda EX5 dan beliau telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian," tambahnya lagi.
"Mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk bedah siasat," kata Fauzi sambil menambah kes tersebut disiasat dibawah Seksyen 41 (1) APJ 1987. - Sarawakiana
Penunggang Motosikal Maut Setelah Terbabas Ke Dalam Longkang
Reviewed by Unknown
on
October 08, 2014
Rating:
No comments: