KUALA LUMPUR: Polis meminta bantuan daripada Interpol untuk menahan dua warga Malaysia yang memohon suaka politik di Amerika Syarikat dan Sweden.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, Bukit Aman telah menulis permohonan rasmi kepada organisasi polis antarabangsa berpangkalan di Lyon, Perancis untuk mengesan dan menahan pemilik blog kontroversi Alvin Tan dan aktivis Ali Abd Jalil.
"Jadi buat masa ini kita perlu tunggu. Kita telah memohon untuk mendapatkan notis merah melalui Interpol," katanya kepada pemberita selepas melancarkan seminar ketua polis di Cheras.
Tan yang melarikan diri untuk mengelak dari didakwa, memohon untuk mendapatkan suaka politik di Amerika Syarikat.
Dia mendakwa berada di California.
Tan, 26, dan bekas teman wanitanya, Vivian Lee, 25, didakwa atas tiga pertuduhan mempersenda umat Islam dan Ramadan serta mempamerkan gambar lucah di laman sosial Facebook mengemukakan permohonan tersebut Jumaat lepas.
Sementara itu, Ali yang kini berdepan tuduhan hasutan kerana didakwa menghina institusi raja, kini mencari suaka politik di Sweden.
Dalam Facebooknya, Ali berkata dia kini memohon untuk mendapatkan suaka politik di Sweden selepas mendakwa tidak mendapat layanan adil daripada pihak berkuasa Malaysia. - mStar
Polis Mohon Bantuan Interpol Tahan Alvin Dan Ali
Reviewed by Salfian Nawawi
on
October 29, 2014
Rating:
No comments: