Seo Services

Tujuh Atlet Dan Wartawan Hilang Selepas Sukan Asia




SEOUL: Polis sedang mencari tujuh atlet dan seorang wartawan yang hilang di Incheon selepas Sukan Asia tamat Sabtu lalu.

Inspektor polis Baek Seung-cheol berkata mereka tidak tahu di mana ahli sukan berkenaan sekarang berada. Tiga daripada mereka adalah dari Nepal, dua dari Sri Lanka dan seorang setiap satu dari Bangladesh dan Palestin.

Baek berkata seorang wartawan televisyen dari Pakistan juga hilang.

Polis berpendapat ada kemungkinan semua lapan orang itu kini bekerja secara haram di Korea Selatan.

Tambahnya, visa bagi atlet berkenaan tamat pada 9 Oktober manakala visa wartawan terbabit tamat pada 30 Oktober depan.

Hampir 1,000 atlet bertanding dalam kejohanan Sukan Asia itu. - AP
Tujuh Atlet Dan Wartawan Hilang Selepas Sukan Asia Tujuh Atlet Dan Wartawan Hilang Selepas Sukan Asia Reviewed by Unknown on October 08, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.