KUCHING: Kerajaan Persekutuan sedang berunding dengan kerajaan negeri bagi memberikan autonomi kepada Sarawak bagi beberapa perkara dalam pentadbiran kerajaan.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau sedang berunding dengan Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Haji Adenan Satem bagi tujuan tersebut.
"Ketika ini banyak keputusan dibuat jabatan kerajaan dibuat yang diputuskan Putrajaya."
"Sudah sampai masa untuk kita turunkan kepada jabatan-jabatan kerajaan negeri .. sekiranya kerajaan negeri boleh buat, serahkan kepada mereka," katanya lagi.
Beliau menyatakan, mereka akan bincang untuk menambah kuasa pada jabatan-jabatan kerajaan di Sarawak agar memudahkan dan melancarkan pentadbiran negeri ini.
Najib berkata demikian dalam ucapannya pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Stadium Perpaduan, Petra Jaya di sini pagi ini.
Beliau menyatakan Sarawak selalu berada dihatinya maka itu dia sering ke negeri ini untuk memastikan pembangunan dilaksanakan di sini.
"Saya akan selalu turun ke Sarawak dan pada 16 Jun ini saya akan ke Kapit pula," katanya lagi.
Memuji kepimpinan Adenan, Najib memberi sokongan agar Ketua Menteri Sarawak itu harus diberi mandat untuk bagi mentakbir Sarawak untuk lima tahun lagi. - Sarawakiana
Rundingan Autonomi Kerajaan Sarawak Sedang Diadakan
Reviewed by Salfian Nawawi
on
June 04, 2015
Rating:
No comments: