Seo Services

‘Tak Pasal-Pasal Saya Kena Tuduh Hutang RM120,000’


Kuala Lumpur : “Isu tidak membayar pembekal peralatan konsert itu bukan salah syarikat saya. Ia adalah kesalahan satu lagi syarikat penganjur sebab konsert jelajah itu adalah projek usaha sama.”

Itu penjelasan penyampai radio Ultra FM dan pelawak Mamat Sepah yang kesal apabila dituduh berhutang bayaran peralatan berjumlah RM120,000 kepada satu pembekal sehingga mengakibatkan Konsert Lagenda (Jelajah Rock) di Kuching, Sarawak Ahad lalu dibatalkan pihak itu ketika acara sedang berlangsung.

Mamat yang dihubungi tidak menafikan kejadian itu dan bersedia memberi penjelasan sebenar walaupun isu kegagalan membayar kos beberapa peralatan konsert itu berpunca daripada teman penganjurnya.

“Memang betul kejadian itu berlaku, tapi ia bukan kesalahan syarikat saya. Untuk pengetahuan, acara itu dianjurkan dua syarikat antara saya, Idearts Creativo dan satu pihak lagi yang tidak dapat saya dedahkan di sini.

“Bahagian saya bertanggungjawab menguruskan bayaran artis untuk persembahan dan semuanya sudah selesai serta tiada masalah. Bayaran peralatan itu dilakukan penganjur satu lagi. Bila jadi kekecohan itu, tidak pasal-pasal saya dituduh macam-macam padahal saya pun turut menjadi mangsa,” katanya. - HM
‘Tak Pasal-Pasal Saya Kena Tuduh Hutang RM120,000’ ‘Tak Pasal-Pasal Saya Kena Tuduh Hutang RM120,000’ Reviewed by Unknown on June 03, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.