Foto EPA |
LONDON: Bintang tengah Chelsea, Cesc Fabregas menafikan dia mengetuai pemberontakan terhadap pengurus, Jose Mourinho sambil menuduh wujud 'individu luar' yang cuba menggoyahkan kestabilan kelab itu.
Penyiar televisyen terkemuka Inggeris, BBC minggu ini mendakwa memperoleh maklumat mengenai seorang pemain dalam skuad utama Chelsea yang 'sanggup tewas daripada menang' untuk pengurus itu.
Sebuah blog bola sepak juga turut menamakan Fabregas sebagai pemain yang mengetuai pemberontakan terhadap Mourinho yang membawa kepada prestasi merudum penyandang juara Liga Perdana Inggeris itu.
"Saya mahu memberi penjelasan mengenai beberapa laporan mengenai beberapa laman web yang saya amat gembira di Chelsea dan mempunyai hubungan yang menakjubkan dengan pengurus," kata Febregas dalam laman Twitternya, semalam.
"Mungkin ada sesetengah individu di luar yang cuba untuk mengganggu kestabilan kelab namun saya amat percaya yang kami akan bangkit dan kembali beraksi dengan baik." MOURINHO memerhatikan pemainnya menjalani latihan di Cobham, England.
Febregas yang muncul pemain utama membawa kepada kejayaan berganda Chelsea musim lalu digugurkan daripada kesebelasan utama ketika kekalahan 3-1 kepada Liverpool di Stamford Bridge, Sabtu lalu dan hanya dimasukkan sebagai pemain gantian pada babak kedua.
Chelsea ketika ini tewas enam daripada 11 perlawanan Liga Perdana Inggeris dan menghuni tangga ke-15 namun masalah Mourinho bukan saja di atas padang.
Pengurus berusia 52 tahun itu menerima hukuman penggantungan satu perlawanan untuk berada di stadium dan dikenakan denda STG 40,000 (RM264,410) oleh Persatuan Bola Sepak England kerana komen terhadap pengadil ketika kekalahan 2-1 ke atas West Ham.
Chelsea dijadual bertemu Dynamo Kiev dalam kempen Liga Juara-Juara, awal pagi esok waktu Malaysia dengan kekalahan akan menambah tekanan buat pengendali kelahiran Portugal itu. - REUTERS
'Bukan Saya Nak Jatuhkan Mourinho'
Reviewed by uMieySurianie
on
November 04, 2015
Rating:
No comments: