Seo Services

Wanita Muda Muslim Jadi Menteri Pendidikan Sweden


Wanita muda Muslim, Aida Hadzialic yang berusia 27 tahun telah dilantik sebagai Menteri Pendidikan  Sweden.

Aida yang berasal dari Bosnia antara satu-satu wanita Islam yang muda memegang jawatan tertinggi dalam barisan kabinet di dunia.

Menjadi pelarian ketika berusia 5 tahun bersama ahli keluarganya tidak mematahkan semangat Aida untuk berjaya dalam pelajaran serta kehidupan.

Berdasarkan laporan daripada Arab News, Aida merupakan siswazah undang-undang dari Universiti Lund.

Ketika berusia 23 tahun, dia juga pernah memegang jawatan sebagai Timbalan Datuk Bandar Halmstad.

Kini, di bawah Kabinet baru yang dipimpin oleh Perdana Menteri Stefan Löfven, Aida merupakan orang paling muda yang pernah berkhidmat sebagai menteri di Sweden.

Dia dilantik untuk memangku jawatan ini pada tahun lalu. Jom kita lihat foto-fotonya ketika melakukan tugas. - Murai

Wanita Muda Muslim Jadi Menteri Pendidikan Sweden Wanita Muda Muslim Jadi Menteri Pendidikan Sweden Reviewed by uMieySurianie on November 04, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.