Seo Services

Joseph Jadi Buruan JDT?


MENURUT sumber yang boleh dipercayai bintang Sarawak, Joseph Kallang Tie sekarang ini diintai pasukan ‘bangsawan’ Johor Darul Takzim (JDT).

Malah seorang lagi pemain Sarawak, Ronny Harun juga menjadi buruan. Yang pasti, kedua-duanya merupakan tonggak utama dan cukup menyerlah bersama Sarawak sejak dua tiga tahun kebelakangan ini.

Malah Joseph yang pernah menyertai pasukan Terengganu untuk beberapa musim juga menjadi buruan beberapa pasukan di Semenanjung, termasuk Terengganu sendiri.

Namun pemain Malaysia itu menganggap ia hanya sebagai ‘khabar angin’.

“Saya menafikan perkara tersebut, ia tidak benar sama sekali,” tegas Joseph. “Ini kerana saya masih sayangkan pasukan Sarawak dan mahu terus berkhidmat di Bumi Kenyalang,” ujarnya. “Saya berharap peminat Sarawak tidak mudah percaya dengan berita tersebut,” kata Joseph kepada Utusan Sarawak. “Buat masa ini saya belum menerima sebarang tawaran dari JDT,” ujarnya.

Sebelum ini, Sarawak kehilangan dua bintang penting (Junior Eldstal dan S. Chanturu) yang ditambat JDT. Kedua-duanya juga merupakan pemain Malaysia.

Sementara itu, Joseph mengakui belum menerima sebarang perkhabaran berhubung permohonannya untuk dikurangkan hukuman penggantungan lima perlawanan.

“Saya masih menunggu keputusan daripada pihak FAM,” kata Joseph. Joseph dikenakan denda ekoran bergaduh dengan pemain Perak dalam aksi Piala Malaysia di Kuching. Selain digantung, beliau juga dikenakan denda RM1,500.-UtusanSarawak
Joseph Jadi Buruan JDT? Joseph Jadi Buruan JDT? Reviewed by Unknown on November 18, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.