Seo Services

Kerajaan Sarawak Hulur Bantuan Kepada Keluarga Mendiang Bernard Then


KUCHING: Kerajaan Sarawak akan menghulurkan bantuan kepada keluarga jurutera elektrik Bernard Thien yang dilaporkan dibunuh oleh kumpulan pengganas Abu Sayyaf di Filipina beberapa hari lepas.

Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem hari ini berkata Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga Sarawak Datuk Fatimah Abdullah akan mengunjungi keluarga mendiang tidak lama lagi.

Mendiang Thien, 39, berasal dari Sarawak.

Adenan, yang ditemui media selepas merasmikan sambutan Hari Perkhidmatan Awam peringkat negeri di Pusat Konvensyen Borneo Kuching di sini, menyifatkan insiden itu sebagai tragik.

Beliau turut memberi peringatan kepada penduduk Sarawak supaya lebih berwaspada apabila melawat kawasan tertentu di negeri berjiran Sabah.

Singapore Straits Times menerusi berita dalam taliannya di www.straitstimes.com melaporkan Komander Petugas Bersama Kumpulan Sulu, Brig Jeneral Alan Arrojado dilaporkan sebagai berkata Bernard Then dipancung kira-kira 4 petang di kubu kuat Abu Sayyaf yang terpencil di pulau Jolo, Wilayah Sulu, kira-kira 1,400km ke selatan Manila.

Then diculik dari sebuah restoran makanan laut di Sandakan pada Mei tahun ini bersama-sama seorang lagi mangsa, Thien Nyuk Fu, 50.

Bagaimapun Thien dibebaskan baru-baru ini.- BERNAMA
Kerajaan Sarawak Hulur Bantuan Kepada Keluarga Mendiang Bernard Then Kerajaan Sarawak Hulur Bantuan Kepada Keluarga Mendiang Bernard Then Reviewed by Unknown on November 18, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.