Seo Services

Murid 10 Tahun Ambil Masa Tiga Bulan Cipta Robot


Petaling Jaya: Mereka baru berusia 10 tahun, namun imaginasi dalam mencipta robot begitu mengagumkan apabila tiga murid tahun empat Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Yuk Chai, Taman Megah, di sini, mampu mereka bentuk kenderaan dan kapal makmal untuk kegunaan dasar laut.

Berkonsepkan penerokaan dasar laut untuk masa depan, tiga murid berkenaan iaitu Yong Saan Cern, Lim Yi Hang dan Wong Jim Tim menggunakan kemahiran dan hasil kajian mereka selama enam bulan untuk mencipta robot yang boleh dimanfaatkan dalam pencarian sumber mineral dan bahan asli di dasar laut.

Menerusi idea dan kreativiti yang mengagumkan itu, mereka layak mewakili negara ke Kejohanan Robotik Dunia 2015 di Doha, Qatar yang akan berlangsung dari 6 hingga 8 November depan.

Yong yang juga ketua pasukan berkata, mereka mengambil masa tiga bulan untuk mencipta robot berkenaan termasuk mereka bentuk kapal, kenderaan dasar laut dan makmal ujian sumber asli sebelum siap sepenuhnya untuk dipertandingkan nanti.

Beliau berkata, ciptaan mereka itu berdasarkan pemerhatian mengenai kesukaran saintis dalam meneroka dasar laut dalam yang memerlukan kenderaan canggih, cekap dan mampu mengesan bahan asli atau sumber mineral. - hmetro
Murid 10 Tahun Ambil Masa Tiga Bulan Cipta Robot Murid 10 Tahun Ambil Masa Tiga Bulan Cipta Robot Reviewed by uMieySurianie on November 04, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.