Seo Services

Permata 'Blue Moon' Catat Rekod Dunia Dilelong RM208j

Foto Reuters

GENEVA: Permata berbentuk luar biasa 12.03 karat dikenali "Blue Moon" mencatat rekod harga tertinggi dunia AS$48.4 juta (RM208.12 juta) dalam satu lelongan di Geneva hari ini.

Firma lelongan Sotheby berkata, permata yang disifatkan pakar sebagai 'tiada cacat celanya dan mengusik jiwa' itu dibeli oleh seorang pengumpul persendirian dari Hong Kong, yang terus memberikan nama baharunya sebagai "The Blue Moon of Josephine".

Rekod lelongan terbaharu itu dicatat sehari selepas satu lagi firma lelongan pesaing, Christie menjual permata merah jambu 16.08 karat, batu permata terbesar seumpamanya ditampilkan dalam mana-mana lelongan dengan harga AS$28.5 juta (RM122.55 juta).

Pengurus Bahagian Permata Antarabangsa Sotheby, David Bennett, berkata penjualan Blue Moon" memecah beberapa rekod sekali gus menjadikan penghasilan batu permata itu paling termahal dengan keunikan warna dan memperoleh harga tertinggi di mana-mana lelongan permata setakat ini.

Permata yang ditatahkan di sebuah cincin itu menewaskan pemegang rekod dunia iaitu permata "Graff Pink" 24.78 karat, yang juga dilelong oleh Sotheby dengan harga AS$46.2 juta pada November 2010.

Blue Moon ditemui di Afrika Selatan, Januari tahun lalu dan ia adalah batu biru terbesar yang direka bentuk dengan rekaan yang dikategorikan sebagai "fancy vivid".

Pakar batu permata berkata, permata berwarna semakin digemari dan mendapat perhatian pembeli barangan mewah, terutama permata biru dan merah jambu sepanjang lelongan permata yang diadakan di Geneva, minggu ini. - AFP

Permata 'Blue Moon' Catat Rekod Dunia Dilelong RM208j Permata 'Blue Moon' Catat Rekod Dunia Dilelong RM208j Reviewed by uMieySurianie on November 12, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.